ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Monday, February 14, 2011

Pengumunan 14 Februari 2011

TeleMaklumat PERTIS (14 Februari 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 14 Februari 2011, bersamaan 11 RABI’UL AWWAL 1432 Hijrah.


1. KEMPEN DERMA DARAH

Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Darah Negara akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas pada hari Sabtu, 16 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 19 Februari 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Sokongan moral dan dokongan padu daripada semua ahli atau bukan ahli Persatuan termasuklah kalangan OKU Penglihatan yang bukan beragama Islam serta sanak famili masing-masing amatlah dialu-alukan untuk menyertai program murni ini. Ambil maklum bahawa Pusat Darah Negara Cuma akan datang ke lokasi aktiviti sekiranya bilangan penderma melebihi 30 orang. Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir bin Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi Biro di talian, 019-394 1441. Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan. Ingatlah bahawa ”setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan sejuta nyawa; seribu dalih dan helah bisa membunuh sejuta insan”.

2. Sambutan Maulidul Rasul Anjuran PERTIS Pusat.

PERTIS Pusat menerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah akan menganjurkan majlis sambutan Maulidul Rasul. Butir penganjuran adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 Rabi’ul-Awwal 1432 Hijrah, bersamaan 19 Februari 2011 (Sabtu);
Tempat: Dewan Utama, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur;
Masa : Bermula jam 2.15 petang.
Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis berkenaan.

3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

4. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO OKU PENGLIHATAN:-

4.1. Pertubuhan Pembangunan Orang Buta, Malaysia (PPOBM)

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta, Malaysia (PPOBM) akan menganjurkan Konvensyen 1 Malaysia Orang Buta Sejahtera pada hari Jumaat hingga Ahad, 4 hingga 6 Jamadil Awwal 1432 Hijrah bersamaan 8 hingga 10 April 2011 Masihi bertempat di Putri Park Hotel, Kuala Lumpur. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Sharizat binti Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Penyertaan dibuka kepada semua OKU Penglihatan. Yuran penyertaan – RM50.00 seorang iaitu bagi penyertaan individual dan RM150.00 iaitu untuk penyertaan atas pembiayaan majikan. Caj penyertaan merangkumi perbelanjaan makanan dan penginapan. Dalam hal ini, kerjasama daripada para penjawat sector awam dan swasta yang berminat hadir atas tiket pembiayaan oleh majikan, adalah diminta menghubungi pejabat PPOBM bagi maksud penghantaran surat permohonan rasmi. Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Jaafar bin Mat Isa, Yang Dipertua PPOBM di talian, 017-492 7717 atau pejabat PPOBM di talian, 03-2274 1211 atau 03-2274 1212. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2011. “Bersama menyumbang idea bernas dan cadangan efektif ke arah pembangunan 1 OKU Penglihatan sejahtera serta cemerlang”.

4.2. PERTUBUHAN KHIDMAT MASYARAKAT ORANG CACAT PENGLIHATAN

Pertubuhan Khidmat Masyarakat Orang Cacat Penglihatan akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidir Rasul 1432 Hijrah pada hari Selasa, 12 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Utama MAB. Kehadiran semua OKU Penglihatan amatlah dialu-alukan. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ramli bin Abu Bakar, Pengerusi Pertubuhan di talian, 013-393 2791 atau pejabat pertubuhan di talian, 03-9221 1440, antara jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Seluruh saf kepimpinan PERTIS Pusat dan Wilayah serta seluruh kakitangan PERTIS Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidir Rasul 1432 Hijrah yang mana jatuh pada hari Selasa, 12 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi. Semoga dengan ketibaan hari ulang tahun keputeraan Junjungan Mulia dan Pemimpin Agung ini akan mencetuskan titik perubahan baru serta menjana nilai-nilai murni berteraskan Islam di dalam segenap aspek kehidupan kita.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

Pengumunan 07 Februari 2011

Tele Maklumat PERTIS (7 Februari 2011)


Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 7 Februari 2011, bersamaan 4 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah.

1. KEMPEN DERMA DARAH

Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Darah Negara akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas pada hari Sabtu, 16 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 19 Februari 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Sokongan moral dan dokongan padu daripada semua ahli atau bukan ahli Persatuan termasuklah kalangan OKU Penglihatan yang bukan beragama Islam serta sanak famili masing-masing amatlah dialu-alukan untuk menyertai program murni ini. Ambil maklum bahawa Pusat Darah Negara Cuma akan datang ke lokasi aktiviti sekiranya bilangan penderma melebihi 30 orang. Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir bin Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi Biro di talian, 019-394 1441. Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan. Ingatlah bahawa ”setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan sejuta nyawa; seribu dalih dan helah bisa membunuh sejuta insan”.

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1. Adalah diwar-warkan bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi telah dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1.00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

2.2. Dimaklumkan bahawa bermula 28 Safar 1432 Hijrah bersamaan 2 Februari 2011 Masihi, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia telah mempunyai 3 orang kakitangan baru seperti berikut:-

(I) Puan Syahrul Bariah binti Jaffar – Pembantu Tadbir Pentadbiran.

(II) Puan Siti Fatimah binti Mohamad Ansari – Pembantu Tadbir Kewangan.

(III) Puan Seri Alam binti Mansor – Pembantu Penerbitan Sambilan.

(IV) Sementara itu, Cik Siti Haida binti Hamedan telah bertukar ke Unit Penerbitan dan menyandang jawatan Pembantu Tadbir Braille dan ICT.

2.3. Adalah dimaklumkan juga bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan PERTIS Bil. 1/2011 akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Rabi’ul Awwal 1432 Hijrah bersamaan 11 Februari 2011 Masihi bermula jam 3.00 petang. Semua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat PERTIS Malaysia akan terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Justeru, semua urusan rasmi perlu diselesaikan sebelum jam 1.00 tengah hari, Jumaat, 11 Februari 2011. Ibu Pejabat PERTIS Malaysia akan dibuka separuh hari bagi membolehkan semua kakitangan menghadiri mesyuarat tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali serta dipohonkan ribuan kemaafan.


Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.

Kakitangan Baru

Assalammualaikum.

Pada 2 Februari 2011, PERTIS telah mengambil 3 kakitangan baru. Mereka ialah :

1. Puan Seri Alam binti Mansor - Pembantu Penerbitan Sambilan

2. Puan Syahrul Bariah binti Jaffar - Pembantu Tadbir Pentadbiran

3. Puan Siti Fatimah binti Mohamed Ansari - Pembantu Tadbir Kewangan

Ucapan 'Selamat Datang' dituju khas buat mereka.

Manakala Cik Siti Haida telah bertukar ke Unit Penerbitan dan beliau menyandang jawatan yang baru iaitu Pembantu Tadbir Braille & ICT.