ALAMAT

No. 32A, Tingkat 1,
Jalan Jernai 6/21D, Medan Idaman,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Friday, April 30, 2010

Pengumuman Minggu Ini

Pengumuman 26 April 2010


Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan maklumat dan informasi untuk anda bagi minggu yang bermula pada 26 April 2010, bersamaan 11 Jamadil-Awwal 1431 Hijrah.

1. TABUNG KHAIRAT KEMATIAN PERTIS

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PERTIS yang bersidang pada 5 Rabi’ul Awwal 1431 Hijrah telah merancang dan memutuskan untuk meneruskan usaha penubuhan tabung tersebut di atas buat kali keduanya. Justeru, kerjasama daripada semua ahli Persatuan amatlah dituntut untuk memberi sokongan dan dokongan padu terhadap kesinambungan usaha ini terutamanya kepada mereka yang menggesa penubuhan tabung ini secara bersungguh-sungguh di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa baru-baru ini. Yuran masuk RM10.00 seorang dan yuran tahunan RM50.00 seorang. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, para ahli PERTIS bolehlah berhubung dengan En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti di talian, 013-6968 618. Untuk makluman, sehingga ke tarikh maklumat ini disalurkan Cuma tiga orang sahaja yang telah berdaftar.


2. INFORMASI DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2010. Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00. Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilunaskan segala bayaran yuran yang tertunggak dan dijelaskan yuran tahunan semasa. Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 17 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 30 Jun 2010. Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran peserta yang terhad.

2.2. Tarikh-tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Pusat dan Wilayah-wilayah PERTIS:-


2.2.1. PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus – 16 Jamadil Awwal 1431 Hijrah bersamaan 1 Mei 2010 bermula jam 9.30 pagi bertempat di Pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus, Taman Shukur, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bagi maklumat lanjut, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Hairie bin Aris, Pengerusi PWNSDK di talian, 013-360 1063 atau Ustaz Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff, Setiausaha PWNSDK di talian, 019-394 1441.

2.2.2. PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman – 16 Jamadil Awwal 1431 Hijrah bersamaan 1 Mei 2010 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Institut Insaniah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Bagi maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cikgu Musa bin Abd. Rahman, Pengerusi Penaja PWKDA di talian, 012-584 0124 atau Cikgu Norhashimah binti Hashim Setiausaha Penaja PWKDA di talian, 019-480 3489.

2.2.3. Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Pusat Kali Ke-15, 12 hingga 14 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 25 hingga 27 Jun 2010. Maklumat lanjut dan notis mesyuarat akan diwar-warkan dari masa ke semasa.

3. Barisan Kepimpinan Baru PERTIS Kelantan.

Keputusan Mesyuarat Agung PERTIS Wilayah Kelantan Kali Ke 15 yang diadakan pada 24 April 2010 adalah seperti berikut:

3.1. Pengerusi Encik Muhammad Faizal Che’ Yusoff.
3.2. Naib Pengerusi Encik Muhammad Nazri Nawi.
3.3. Setiausaha Puan Norani Majid.
3.4. Bendahari Ismail Awang Ngah.
3.5. Ahli Jawatankuasa Che Husin@Md Nor Abdul Wahab.
3.6. Ahli Jawatankuasa Puan Fatimah Ismail.
3.7. Juru audit dalam Abd Latif Mat Husin.

4. Ahli PERTIS Kembali Ke Rahmatullah.

Adalah dengan rasa penuh dukacita dimaklumkan bahawa ahli Biasa PERTIS Wilayah Terengganu, Saudara Mohid bin Hassan telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat lalu bersamaan 23 April 2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan marilah kita membacakan surah alfatihah kepada Allahyarham ....

5. Kedua-dua pengumuman berikut adalah daripada Persatuan Lepasan St. Nicholas:

5.1 Mesyuarat Agung Tahunan ke-21

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat agung ke-21 Persatuan akan diadakan di Dewan Makan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) pada hari Ahad, bersamaan 6hb. Jun, 2010 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Perlu diingatkan bahawa penyertaan dikhususkan kepada ahli-ahli sahaja.

Pendaftaran bermula dari jam 8 pagi. Yuran pendaftaran untuk mesyuarat agung adalah RM5 dan yuran keahlian adalah RM5.

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan untuk Mesyuarat Agong adalah pada hari Sabtu, bersamaan 15 Mei, 2010.

Sila berhubung dengan saudara Moktar Soon di talian 013-3409848 Untuk mendaftar.

5.2 Perjumpaan Sosial PLSN

Pesanan Daripada penganjur:

Perhatian kepada semua lepasan St. Nicholas.

Untuk memudahkan semua, waktu perjumpaan sosial telah diubah ke satu masa yang baru iaitu dari jam 2.30 ke 5.30 petang pada tarikh 5 Jun 2010 dan tempat yang sama iaitu di dewan kafetaria MAB.

Marilah sama-sama bergembira, beramah mesra bersama rakan-rakan disamping berpeluang memenangi hadiah-hadiah permainan dan cabutan bertuah. Anda mungkin juga berpeluang membawa pulang barangan-barangan dengan harga yang sungguh istimewa pada jualan lelong nanti sambil membantu meningkatkan dana Persatuan.

Pihak penganjur mengalu-alukan sumbangan barangan-barangan untuk jualan lelong ini. Mereka yang ingin menyumbangkan barangan-barangan mereka hendaklah berhubung terus dengan Saudari Linda Kam di talian bimbitnya 013-3402302. Barangan-barangan hendaklah di dalam keadaan yang sempurna dan masih boleh digunakan. Pengangkutan barangan-barangan tersebut adalah tanggungjawab sendiri.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis kita ini.

** Kedua-dua pengumuman berkenaan dibawakan dengan ihsan daripada PERTIS.


Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
NYDP/Pengerusi Biro Penerbitan PERTIS Pusat.